"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasukan Khas Siasatan 1MDB ditubuhkan

MALAYSIA DATELINE
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini,telah membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Pasukan Khas ini akan diketuai bersama oleh Tan Sri Gani Patail (mantan Peguam Negara), Tan Sri Abu Kassim Mohamed (mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Datuk Abdul Hamid Bador.

Keanggotaan Pasukan ini akan terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Turut dimaklumkan Pasukan Khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Pasukan Khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB, menurut kenyataan itu hari ini.

Tiada ulasan: