"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairuddin bertemu Claire dan Justo, buat laporan baharu di New York susulan siasatan Najib

MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menunjukkan satu pertemuan diadakan dengan Clare Brown, Laura (isteri Justo), Justo dan Pascal Najadi di Zurich

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan beliau telah membuat satu laporan baharu ke atas Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 12 Mei lalu.

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataannya hari ini yang berkata, beliau juga sempat menulis sepucuk surat kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

” Pada 12 Mei 2018 saya ke ibu pejabat FBI di New York untuk buat laporan baru ke atas Najib Razak bersama kuncu-kuncunya dalam isu kes skandal 1MDB.

“Semasa di ibu pejabat FBI di New York saya turut menulis surat pada Presiden Amerika Syarikat untuk memaklumkan beliau mengenai salahlaku Najib Razak yang telah menyelewengkan dana kerajaan mahupun duit rakyat Malaysia.

“Pengkhianatan Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam penyelewengan dana syarikat 1MDB sejumlah hampir RM40 bilion hilang dari akaun syarikat tersebut tidak boleh dimaafkan sama sekali. Mereka telah mengkhianati bangsa serta negara,” ujarnya.

Koordinator Selamatkan Malaysia ini juga berkata, merasa bersyukur kerana selepas empat tahun perjuangannya menuntu kebenaran, akhirnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (sPRM) mula bertindak ke atas laporan-laporan yang telah beliau buat pada tahun 2014.

“Walaupun terlalu lambat PDRM dan SPRM bertindak namun di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia tidak mampu untuk buat penutupan lagi ke atas kes
skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini,” ujarnya.

Khairuddin turut berkata, dalam skandal membabitkan 1MDB ini, bekas ketua polis negera Tan Sri khalid abu bakar dan bekas peguam negara Mohamad Apandi Ali dakwnaya, banyak memainkan peranan untuk melindungi jenayah ini.

Khairuddin yang juga AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi Pakatan Harapan ini mendesak, bekas ketua polis negara dan peguam negara turut didakwa serta dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan bersubahat bersama bekas perdana menteri.

“Kedua-dua bekas penjawat awam ini adalah juga pengkhianat nombor satu negara. Mereka tidak amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

“Insya-Allah dengan izin Allah swt; kebenaran akan timbul secara berskala besar dalam masa terdekat ini,” ujarnya.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersama Claire Brown di Zurich.

Khairudin turut memberitahu pada 26 Februari 2018 beliau telah buat laporan baharu ke atas Bank ANZ di ibu pejabat polis Australia di Sydney kerana bank ANZ tidak memaklumkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia serta membenarkan sebahagian pengubahan wang haram RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak dihantar pulang ke Singapura.

Pada 7 April 2018 beliau telah membuat laporan baharu pada pejabat peguam negara Switzerland di Bern.

Beliau juga turut berjumpa dengan Clare Brown, Laura (isteri Justo), Justo dan Pascal Najadi di Zurich baru-baru ini.

“Kami berbincang secara panjang lebar mengenai kes skandal 1MDB serta salahlaku najib tun razak!!

“Masing-masing mempunyai peranan untuk membongkar pelbagai salahlaku Najib Razak,”katanya.

Tiada ulasan: