"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Seri Setia, Sungai Tua layak ganti Azmin, kata Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff

Khairil Ashraf 
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat Adun Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dan Adun Sungai Tua, Amiruddin Shaari layak menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata walaupun Shaharuddin baru menceburi bidang politik dan pertama kali menjadi wakil rakyat, dia pernah menjadi timbalan canselor di Universiti Selangor (Unisel) dan bergiat dalam NGO.

Beliau percaya kematangannya sebagai seorang aktivis dan pengetahuannya sebagai seorang penyelidik membantu beliau memahami “denyut nadi rakyat”.

“Penglibatan dia dalam kajian tentang politik, rakyat dan masyarakat. Saya rasa itu membolehkan dia memahami apa yang diperlukan oleh negeri dan rakyat,” katanya.

Manakala Amiruddin pula sudah berpengalaman sebagai wakil rakyat Batu Caves dari 2008 hingga 2018 dan pernah menggalas portfolio pembangunan belia, sukan, budaya dan pembangunan keusahawanan pada penggal lalu.

Dia faham aspirasi anak muda dan dia faham apa perkara ke hadapan untuk Selangor,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan persetujuan kepada Azmin untuk memegang jawatan menteri hal ehwal ekonomi, selepas namanya diumumkan untuk Kabinet persekutuan baru-baru ini.

Azmin memilih untuk melepaskan jawatan menteri besar selepas mendengar penjelasan tentang skop kerja dan bidang kuasa kementerian baru itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan membincangkan perkara itu dengan Sultan Sharafuddin.

Azmin akan melepaskan jawatan menteri besar Selangor sebaik sahaja Sultan Sharafuddin bersetuju untuk melantik menteri besar baharu.

Tiada ulasan: