"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru agama rogol murid 20 kali dalam madrasah

Keji! Ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kejadian yang berlaku di Indonesia baru-baru ini.

Seorang guru agama di sebuah madrasah di Indonesia ditahan setelah dituduh merogol anak muridnya yang berusia 14 tahun.

Perbuatan keji yang sudah berlaku sebanyak 20 kali itu dilampiaskannya di madrasah yang terletak di Desa Rumpiang, wilayah Banjar.

Menerusi laporan portal Bangkapos.com, suspek yang dikenali sebagai Turidi ini mengakui dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut kerana sayangkan mangsa.

Memetik sumber sama, Turidi yang berusia 41 tahun juga sudah berkahwin serta mempunyai anak dikatakan memiliki raut wajah yang tampan dan berperwatakan menarik.

Namun kelebihan itu digunakannya sebagai tiket untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Turidi mula menyentuh dan merogol mangsa sejak tahun lalu dan ibu bapa mangsa sudah membuat laporan polis pada 21 Februari lepas. – Agensi
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan: