"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja tikam bapa hingga mati (Gambar)



Johor Baharu – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh anak lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Nusa Bestari di sini, pagi tadi.

Mayat Kiu Kok Ying, 45, ditemui di ruang tamu kediamannya jam 11.08 pagi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata siasatan awal mendapati isteri mangsa berusia 40-an dan rakan anak mereka turut bersubahat melakukan jenayah itu.

Berikutan itu, ketiga-tiga ditahan untuk membantu siasatan.

“Motif dipercayai cemburu kerana mangsa mempunyai perempuan simpanan.

“Pada awalnya, polis menerima maklumat awam yang memaklumkan kejadian pecah rumah sebelum menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah mengiring ke kiri, dengan kecederaan akibat tikaman di dada kiri.

“Terdapat titisan darah dari bilik utama hingga tempat mangsa ditemui, dipercayai mangsa sedang tidur di bilik utama ketika kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata, pemeriksaan mendapati ada kesan pergelutan di bilik utama iaitu rak baju terjatuh dan katil berselerak, selain tiada barang yang hilang dan tidak ada kesan barang pecah.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-bharianonline

Tiada ulasan: