"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hangat!!! BERLAKU PENIPUAN UNDI DALAM DEWAN PARLIMEN ?

Dalam Parlimen semalam, di dalam undian belah bahagi Bajet Jkuasa Bekalan/Pembangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), khususnya berkaitan kenaikan harga barang, MP Kuantan YB Fuziah Salleh mencatatkan;

" Kami pohon undi belah bahagi TOLAK kenaikan harga barang. MP dari Bn jelas kurang dari MP dari Pembangkang. Keadaan gawat dalam dewan. Mereka panik. Keputusan lewat diumumkan. Nasib baik lampu tak padam."

"Bn sepatutnya kalah dalam undian. Akan tetapi keputusan ialah seperti berikut:
Sokong - 52
Tidak sokong - 51
Tidak Mengundi - 2

" Saya lihat SU Dewan bawa kertas dalam jubah beliau dan diberikan kepada Speaker untuk dibacakan. Tidak pernah pula lihat SU Dewan bawa kertas keputusan dari luar untuk dibacakan. Selalunya selepas dikira terus dibacakan keputusan. Undi hantu ke? Dalam Parlimen Malaysia pun ada undi hantu? Dalam Parlimen yang mulia ini pun boleh berlaku penipuan, apatah lagi di dalam PRU"."

(YB Fuziah Salleh)

Itulah mutu Parlimen kita. "Ikan busuk bermula dari kepala." Tidak pelik jika dari SU Dewan hingga ke Speaker pun jadi macam itu sebab 'kepala' mereka memang telah busuk.

PH mahu buang keseluruhan yang busuk berpunca dari 'kepala' ini. Malangnya, pak lebai masih belai2 dan cuba membaiki kepala ikan ini. Sebab itu mahu lawan Umno/Bn wajib kita lawan juga lebai2 yg membelai rejim kleptokrasi ini.

Kita dalam PH bangkit bantah bila lihat jelas berlaku penipuan kerana Islam pun ajar kita lawan penyelewengan yg berlaku depan mata. Lebai tak kisah, mereka sudah biasa di'kencing' berkali2 di dalam isu RUU Akta 355. Mereka tak rasa apa2 sebab itu prinsip mereka adalah 'berkecuali".

Tiada ulasan: