"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas menteri ugut tembak seorang pemandu Uber

Kota Kinabalu: Seorang bekas menteri Sabah semasa dikatakan telah mengugut seorang pemandu Uber dengan kata-kata dan pistol selepas merempuh pemandu itu dari belakang.

Bekas menteri itu dikatakan cuba meneruskan perjalanan selepas rempuhan itu namun dihalang oleh mangsa.

Chin Wong Seng, 65, sewaktu sidang media di pejabat DAP pada Ahad berkata, dia keluar dari keretanya sebelum mengetuk kereta bekas menteri itu untuk menyelesaikan apa yang berlaku.

“Dia cakap pada saya ‘kau nak mati, aku tembak kau’ sambil mengacukan pistol sewaktu saya minta nombor telefon,” ujar Chin.

Tambahnya lagi, nombor telefon yang diberi oleh suspek juga tidak dapat dihubungi.

Sewaktu kejadian, Chin memberitahu suspek supaya menembak sahaja dirinya yang sudah tua.

Selepas itu, suspek meletakkan senjata dan mengarahkan Chin supaya datang ke pejabatnya di Tanjung Aru bagi menyelesaikan kes itu.

“Saya harap pihak polis akan menyiasat kes ini,” ujar Chin yang telah membuat laporan di balai polis Karamunsing pada Ahad.
-mstar

Tiada ulasan: