"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Ahmad Awang sekolahkan Timbalan Presiden Isma

'Urus ekonomi dengan baik pun agenda Islam'
MALAYSIA DATELINE
Logo Harapan
Sesebuah kerajaan yang memerintah harus memberi keutamaan kepada menguruskan ekonomi dengan baik bagi membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan kerana ia termasuk dalam agenda Islam.

"Membawa agenda ekonomi untuk membantu rakyat keluar daripada belengu kemiskinan juga adalah satu daripada agenda Islam.

Ustaz Ahmad Awang "Menguruskan ekonomi dengan baik, adil dalam membahagikan harta negara kepada rakyat serta memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat," kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ustaz Ahmad Awang.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya bahawa janji 100 Pakatan Harapan (Harapan) selepas mengambil alih Putrajaya tidak menyentuh aspek Islam dan tiada usaha memperkasakan Islam.

Ahmad berkata, amat sempit pemikiran mereka yang menganggap agenda Islam hanya tertumpu kepada banyaknya kuliah ataupun ceramah-ceramah agama sedangkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

"Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan keadilan itu sangat diperlukan dalam pembangunan, dan ketidakadilan akan menyebabkan kemusnahan kepada ketamadunan," katanya.
Ustaz Ahmad Awang

Khamis lalu, selepas pengumuman struktur Harapan, Pengerusi baru Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan antaranya akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pakatan Harapan mengumumkan rancangannya untuk 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya.

Membaca kenyataan gabungan itu, pengerusi baru HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa ia, antara lain, akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu, perkara-perkara yang dirancang untuk dilakukan adalah menstabilkan harga petrol; memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat; memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh; memerangi rasuah hingga ke akar umbi; menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB; dan memulihkan Felda.

Harapan juga berikrar akan mengembalikan semula dana awam yang telah hilang melalui skandal besar 1MDB.

Tiada ulasan: