"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja 19 tahun lahirkan anak dengan ‘suami’ 13 tahun

Rusia: Seorang remaja berusia 19 tahun telah melahirkan bayi di mana bapa kepada anaknya itu adalah seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun, dalam kes yang mengejutkan penduduk di Rusia.

Susulan itu polis telah melancarkan siasatan dan remaja perempuan berkenaan, dikenali sebagai Bilana B, berdepan dengan hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun kerana melakukan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun.

Pasangan itu `berkahwin’ selepas budak lelaki berkenaan berjaya memujuk Bilana untuk lari bersamanya. Dia telah berhenti sekolah untuk menyara keluarganya.

Kedua-duanya adalah gipsi dan hubungan berkenaan adalah normal dalam kebudayaan mereka namun polis menganggap ia tetap melanggar undang-undang Rusia.

Budak lelaki tersebut dikatakan mendapat nombor telefon Bilana daripada saudaranya dan kemudian mula bersembang dengannya melalui telefon.

“Kami bercakap di telefon kurang daripada dua minggu dan apabila saya pergi ke tempatnya, dia mengikut saya,’’ kata budak lelaki terbabit. Disebabkan dia tidak boleh memandu, maka datuknya telah menemaninya untuk bertemu dengan Bilana.

Sejak itu mereka menetap di rumah datuknya.

Dalam pada itu, nenek kepada budak lelaki terbabit berkata, mengikut adat mereka, dia tidak boleh menghalau Bilana.

“Mereka tidak mengadakan perkahwinan sebenar, ia amat ringkas. Kami tidak mempunyai wang. Apa yang dilakukan ialah mereka membawa beberapa botol minuman keras,’’ kata neneknya.

Sementara Bilana pula berkata, suaminya itu akan bekerja bagi menyara kehidupan mereka.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: