"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan bawa isteri berusia 12 tahun ke hospital

Jiansu – Seorang lelaki ditahan selepas membawa seorang budak 12 tahun yang mengandung didakwa isterinya  ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Gadis yang tidak dinamakan itu dibawa ke hospital oleh seorang lelaki berusia 40 tahun bersama dengan seorang wanita yang didakwa sebagai ibu mertuanya.

Ketiga-tiga mereka tiba Hospital Xuzhou City, timur China, wilayah Jiangsu mendakwa gadis itu sedang mengandung tiga bulan dan perlu menjalani ujian rutin bagi memastikan janin sihat.

Lelaki serta ibu mertua berkata, gadis itu berusia 20 tahun, namun pasukan perubatan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan apabila mendapati gadis berkenaan masih muda bukan seperti didakwa lelaki tu.

Doktor yang cuba menyoal gadis itu gagal mendapat pengesahan daripanya kerana dia tidak bercakap dalam bahasa Mandarin.

“Ia jelas menunjukkan dia hanyalah seorang budak, bukan seperti gadis berusia 20 tahun,” kata salah seorang kakitangan hospital berkenaan.

Dalam pada itu, suami gadis itu meminta pihak hospital hanya memeriksa isterinya dan tidak perlu bertanyakan banyak soalan kepadanya.

Polis yang tiba di hospital kemudian mendapati gadis berkenaan tidak mempunyai kad pengenalan China dan berkata gadis berkenaan mungkin adalah warga asing dari Asia Tenggara.

Bagaimanapun, identiti sebenar gadis itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa

Penyiasat mengesyaki dia berkemungkinan diculik atau dibeli untuk dijadikan pengantin perempuan untuk berkahwin dengan warga tempatan.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: