"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Tiada apa yang luar biasa tentang perkahwinan kami”

Gadis-Tua
Dungun: “Tiada apa yang luar biasa tentang perkahwinan kami. Bagaimanapun seperti yang saya jangkakan pasti ada pelbagai tohmahan daripada orang ramai,” kata Ismail Lambak, 62, berhubung perkahwinannya dengan Nur Nasirah Nazri, gadis berusia 18 tahun yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Biarpun perkahwinannya dianggap menarik bagi segelintir pihak termasuk ada menganggapnya sebagai bahan jenaka dan melakukan provokasi, namun bagi Ismail dia menganggap itu dugaan serta berserah kepada Allah SWT.

Katanya, dia berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu sejak minggu lalu dalam acara tertutup kerana mahu menyembunyikan majlis itu.

“Saya jemput ahli keluarga terdekat saja, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar perkahwinan saya dan isteri di laman sosial.

“Gambar kahwin kami tersebar di Facebook, tetapi saya pun tidak membacanya kerana tidak mempunyai akaun laman sosial itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Paka, semalam. 
-hmetro-

Tiada ulasan: