"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK Kajang: Membawa kelapa dan kangkung sudah menjadi satu kesalahan di bawah akta pilihan raya?

Penyokong parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Aziz pada sidang media selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di Kajang berkata, beliau menerima laporan penyokong parti politik membawa sayuran berkenaan dalam jumlah yang banyak ke pusat mengundi.

"Saya menerima laporan terdapat penyokong parti yang membawa sayur kangkung, saya tidak tahu relevannya.
"Membawa sayur kangkung ini menjadi provokasi kepada pihak lain.

"Sayur ini untuk dimakan, jangan buat pembaziran. Kalau ramai sangat bawa kangkung ini ke sana ke sini itu tidak elok," katanya kepada pemberita.

Aziz berkata, pengundi tidak seharusnya bersifat terlalu emosional ketika PRK berlangsung kerana ia boleh mencetuskan ketegangan antara kedua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya berharap pengundi jangan terlalu emosional dan buat provokasi kepada orang lain," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang ditemui di luar pusat mengundi berkenaan berkata, SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.

"Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.

"Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan," katanya kepada pemberita.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: